in

Ismail Sabri Mula Tugas Rasmi Sebagai Perdana Menteri

Putrajaya – Sejurus mengangkat sumpah jawatan pada Sabtu lalu, Dato’ Sri Ismail Sabri  Yaakob hari ini hadir ke Bangunan Perdana Putera bagi memulakan tugasan rasmi beliau selaku Perdana Menteri.

Ketibaan beliau di Kompleks Jabatan Perdana Menteri dialu-alukan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib serta diiringi Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang; Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Dato’ Jamil Rakon.

Sejurus diiringi pegawai-pegawai kanan kerajaan dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9, Ahli Parlimen Bera berusia 61 tahun itu kemudiannya dibawa ke pejabat Perdana Menteri untuk menandatagani buku selamat datang dan selamat bertugas.

Pagi ini juga, Ismail Sabri akan berangkat ke Kedah bagi meninjau ke lokasi terjejas banjir di Yan dan Merbok susulan fenomena kepala air dari Gunung Jerai yang berlaku pada Rabu lalu.

Difahamkan, beliau akan meluangkan masa sehari di Kedah termasuk menziarahi beberapa keluarga serta mangsa yang terjejas akibat bencana banjir itu sambil melawati Jambatan Tupah dan Taman Lembah Merbok sebelum dijangka pulang ke ibu kota pada sebelah petang.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lisa Blackpink kini terbitkan album solo

Operasi SAR mangsa bencana banjir dipergiat