in

Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Pelantikan ini dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan ini akan membantu Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi.

Manakala, Dato’ Seri Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri yang akan mengetuai Kluster Keselamatan.

“Di samping itu, Perdana Menteri bersetuju supaya Dato Seri Hishammudin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.

“Diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemic COVID-19.

“Memperkukuhkan Kerajaan PN dengan tadbir urur yang telus, bebas rasuah dan berintegriti,” memetik kenyataan PMO

https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/4186715321406995

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari at a press conference in Tropicana Gardens Mall last week

Companies to fork out RM350 for employees’ two-dose vaccine, says SelVAX

For the opposition, PM Muhyiddin is always wrong