Kemalangan Tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dalam kejadian kira-kira jam 8.28 malam tadi, mengakibatkan 47 orang penumpang cedera parah manakala 166 orang penumpang mengalami kecederaan ringan.
Menurut Ketua Polis Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, beliau mengesahkan seramai 213 penumpang terlibat dalam kemalangan di terowong berhampiran KLCC malam tadi.
“Tren yang membawa penumpang itu dipandu secara automatic manakala tren yang sedang diuji kerana mengalami kerosakan pula dipandu secara manual.
“pertembungan berlaku di rel dalam terowong berhampiran KLCC. Kemalangan itu menyebabkan semua penumpang yang dalam tren mengalami kecederaan,”katanya kepada pihak media.
Jelasnya, kemalangan tersebut dipercayai disebabkan oleh masalah komunikasi pada sistem kawalan tren berkenaan.
Tambahnya, polis akan menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Darat 2010.