in ,

Inkues Nora Anne terpaksa ditangguh

(FILES) This file handout of a recent picture released by the Quoirin family on August 5, 2019 shows Nora Quoirin, a 15-year-old Franco Irish teenager who had been missing from a Malaysian rainforest resort since August 4. - The vulnerable Franco-Irish teen who disappeared from a Malaysian rainforest resort died from internal bleeding due to starvation and stress, and there is no suspicion of foul play, police said on August 15. (Photo by FAMILY HANDOUT / Quoirin Family / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – MANDATORY CREDIT « AFP PHOTO / QUOIRIN FAMILY » - NO MARKETING NO ADVERTISING CAMPAIGNS – DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS - NO ARCHIVES

Seremban: Prosiding inkues bagi menentukan kematian remaja perempuan warga Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin di Mahkamah Koroner Seremban terpaksa ditangguh selepas seorang saksi didapati kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Peguam kepada keluarga remaja itu, S. Sakthyvell ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, permohonan penangguhan itu dibuat pasukan pengendali inkues, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun, prosiding itu akan diteruskan seperti biasa esok dengan saksi akan memberi keterangan menerusi aplikasi Zoom.

“Saya hanya mendapat pemakluman mengenai perkara itu pada 5.30 pagi hari ini oleh penolong pendaftar mahkamah. Tetapi dimaklumkan saksi berkenaan dikuarantin dan jalankan ujian calitan serta masih menunggu keputusan.

“Saksi itu yang menjadi kontak rapat dengan pesakit telah membuat satu mesyuarat dengan pihak pengendali inkues minggu lalu.

“Sekarang, kami sedang menunggu keputusan, kalau positif mungkin pihak pengendali terpaksa buat ujian calitan. Itulah alasan pihak pengendali kerana mereka baru tahu saksi merupakan kontak rapat kepada pesakit Covid-19 semalam,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mahkamah memaklumkan sebarang perkembangan prosiding akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Esok, seramai tiga saksi daripada Polis Diraja Malaysia akan memberi keterangan menerusi Zoom.

Prosiding inkues berkenaan berlangsung di hadapan Koroner Maimoonah Aid dan setakat ini, seramai 19 saksi dipanggil.

Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos tahun lalu, sehari selepas dia dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan Pantai di sini, kira-kira 60 kilometer di selatan ibu negara.

Pada 13 Ogos, mayat Nora Anne ditemukan berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapannya susulan pencarian besar-besaran dilakukan pihak berwajib.

Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja berkenaan yang juga golongan istimewa tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja itu disahkan mati akibat kebocoran usus berpunca daripada tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan berpanjangan. -METRO

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 loji rawatan jangka operasi 2 jam, bekalan pulih 24 jam lagi

Shah Iskandar timang anak lelaki