in , ,

Individu terlibat parti liar kolam renang dikompaun RM1.56 juta

Kuala Lumpur – Kompaun bernilai RM1,565,000 telah dikeluarkan pihak polis terhadap penganjur dan pengunjung yang disyaki terlibat dalam aktiviti parti liar di kolam renang sebuah kelab persendirian, di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, (ACP) Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM50,000 kepada penganjur manakala kompaun sebanyak RM435,000 dikeluarkan kepada pengunjung tempatan.

“Pengunjung warga asing turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,080,000. Menjadikan keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak RM1,565,000.


“Polis telah menjalankan pemeriksaan terhadap 303 individu terdiri daripada 55 wanita dan 161 lelaki warga asing termasuk 87 orang warga tempatan,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Isnin.

Amihizam berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kesemua individu yang diperiksa didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), iaitu berkumpul di suatu tempat hingga menyukarkan penjarakan fizikal.

“Kesemua 216 individu warga asing yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan, Seksyen 22(b) Akta 342 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.


“Kes turut disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 2) 2021 dan Seksyen 32 Akta Eksais 1976,” katanya.

Sebelum itu pada 5 Disember, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan IPD Brickfields diketuai Timbalan Ketua JSJ Kuala Lumpur, (ACP ) Nasri Mansor terlebih dahulu menjalankan risikan sebelum menyerbu ke kolam renang sebuah kelab persendirian terkemuka di Bukit Kiara, di sini.

Dalam serbuan jam 10.50 malam itu, sebahagian wanita berbikini sedang leka menari, mandi dalam kolam dan berhibur. Difahamkan setiap pengunjung dikenakan bayaran RM60 untuk menyertai parti yang dijemput menerusi aplikasi media sosial itu.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kes SRC: Rayuan ditolak, hukuman Najib Razak kekal

Didakwa rogol pembantu rumah, ADUN Tronoh diperintah bela diri