in ,

Idris sedia ‘lupakan’ Sungai Udang

 

Datuk Seri Idris Haron bersedia menarik diri mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang jika terdapat calon lebih berkaliber. 

Bekas Adun dua penggal berkata calon yang bertanding perlulah anak tempatan yang serius membela nasib penduduk setempat, lapor Berita Harian. 

“Saya rela menyerahkan Sungai Udang jika benar-benar ada anak tempatan yang ingin berjuang membela nasib rakyat.

“Tetapi kalau dia (Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad), saya akan berjuang bermati-matian,” katanya.

Mohamad merupakan Ketua Umno Bahagian Tangga Batu dan berhasrat mencabar Idris jika PRN Melaka diadakan tidak lama lagi.

Beliau berkata pertembungannya dengan Idris akan menentukan siapa yang mendapat mandat rakyat untuk membela nasib mereka. 

Written by Kamil Awang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia mampu jadi negara pengeluar vaksin sendiri

Messi tidak silap pilihan berpindah ke PSG