in ,

Idris Ahmad antara muka baharu dalam kabinet

Naib Presiden PAS Senator Idris Ahmad dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merupakan muka baharu yang diberi kepercayaan menganggotai Kabinet di bawah Pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri mengumumkan Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad dilantik sebagai Menteri dijabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama.

Manakala, Ahli Parlimen Tambun Ahmad Faizal dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Sementara itu, anak bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Yamani Hafez Musa dan merupakan Ahli Parlimen Sipitang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Ismail Sabri berkata Kabinet baharu ini perlu berorientasikan hasil yang berlandaskan kepada tiga prinsip iaitu Peka dengan keperluan semasa, Bertanggungjawab dan amanah serta Mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Khairy Jamaluddin dan Adham Baba saling tukar Kementerian

Hishammuddin Hussein Menteri Kanan Pertahanan