in ,

Hunny Madu sudah kahwin Mei lalu

Gambar bercium penyanyi, Hunny Madu Bersama seorang lelaki Mat Salleh menjadi perbualan hangat dikalangan netizen baru-baru ini, apabila ramai yang mempertikaikan status ibu tunggal kepada anak dua itu.

Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, tidak mahu netizen terus berteka teki tampil membuat pengesahan bahawa lelaki yang dikenali sebagai Fedrighi Francesco adalah suami yang dinikahi pada Mei lalu.

foto kredit IG Hunny

Kami sudah bernikah pada 2 Mei lalu dan majlis dilakukan secara atas talian memandangkan keadaan pandemic COVID 19 yang sedang melanda negara.

Majlis diadakan di kediaman keluarga saya dan tidak membabitkan tetamu lain yang ada hanyalah ahli keluarga terdekat saja,” katanya.

Hunny berkata, suaminya memeluk agam Islam sejak Februari lalu sudah menetap di Malaysia sejak Januari 2018.

Berkongsi mengenai perkenalan Bersama suami, Hunny berkata, mereka berkenalan sekitar awal Januari tahun lalu.

Dalam pada itu, Hunny berkata, keputusan untuk berkahwin dengan suami hanya dimaklumkan kepada kelarga terdekat dan kawan rapat saja.

Majlis nikah kami memang begitu ringkas dan hanya disaksikan adik-beradik, ibu bapa dan dua anak saya.

Ustaz yang bertugas menjadi saksi pernikahan kami berada di lokasi berbeza. Baju nikah pun kami pinjam sebagai memenuhi syarat kerana waktu yang terbatas untuk menyiapkan baju baru.

Cukuplah dengan apa yang ada untuk jadi memori kenangan saya dan suami,” katanya.

Hunny berkata, majlis resepsi sepatutnya diadakan bulan September lalu, namun terpaksa ditunda kerana ada hal yang tidak boleh dikongsikan.

InsyaAllah majlis yang dirancang itu akan diadakan pada masa yang lebih sesuai pada masa akan datang,” katanya.

Bulan lalu, pasangan ini sempat bercuti ke Pulau Langkawi dan Hunny turut membawa dua anaknya, Eva Medina, 8, dan Adam Musa, 3.

Menurut Hunny, ini bukanlah percutian bulan madu berdua, tetapi lebih kepada percutian bulan madu bersama keluarga kecilnya.

Hunny juga mengucapkan syukur kerana dipertemukan dengan suami yang disifatkan cukup baik kepada dirinya, anak serta keluarga.

Saya bertuah ada dia. Dia membuat saya rasa bahagia. Saya berharap semoga hubungan kami ini akan kekal sampai ke jannah. InsyaAllah,” katanya.

Sementara itu, Hunny turut memohon maaf kepada pihak yang terasa dengan gambar yang dimuatnaik bersama cinta hati yang dianggap keterlaluan dikongsi di Instagram miliknya.

Perkara itu menjadi isu sebab ada yang tak tahu perkara sebenar bahawa kami sudah berkahwin.

Di sini saya ambil kesempatan untuk meleraikan persoalan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Hunny pernah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada 2010, namun berpisah pada Oktober 2018.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2,200 kakitangan Malindo akan diberhentikan akibat Covid-19

Selepas Anwar, Ku Li pula dipanggil ke istana hari ini