in

Hentikan penggunaan akta lapuk- Anwar Ibrahim

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penahanan terhadap para aktivis seperti Fahmi Reza dan Mukmin Nantang oleh pihak berkuasa adalah melampau dalam menekan kebebasan bersuara dan bereskpresi.

Menurutnya, sikap dan perilaku sebegini jelas menunjukan untuk membungkam kritikan dan terus berpaut pada kuasa.

Jelas Anwar Ibrahim, Malaysia menyaksikan rekod hak asasi manusia dan kebebasan media merundum parah dibawah kerajaan hari ini, yang terus menerus menyalahgunakan kuasa.

“Dengar luahan rakyat dan bekerja untuk mereka, bukan untuk diri kalian semata.

“Kerajaan mesti segera menghentikan penggunaan akta-akta lapuk untuk menekan suara-suara kritikan dan pendapat yang berbeda,” katanya dalam sebuah kenyataan di Facebook.

Beliau memuat naik kenyataan susulan penahanan para aktivis yang lantang bersuara.

https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/posts/10161555612186840

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Gagal mematuhi waktu operasi, kompaun maksima RM10,000.00

Blood clots have a low percentage for vaccine use