in ,

Harga pelitup muka 70 sen sekeping, mulai bulan depan

KUALA LUMPUR: Harga maksimum pelitup muka tiga lapis jenis pembedahan dan perubatan di peringkat borong dan runcit, masing-masing akan diturunkan kepada RM0.70 sen daripada RM1 sekeping, berkuat kuasa awal bulan depan.

Perkara itu diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi harga maksimum peringkat borong, Nanta Linggi menjelaskan ia diturunkan daripada RM0.95 kepada RM0.65 seunit, manakala di peringkat runcit ia membabitkan penurunan harga daripada RM1 kepada RM0.70 seunit.

Beliau berkata, KPDNHEP membuat kajian semula harga pelitup muka membabitkan pengeluar tempatan dan pengimport selepas mengambil kira keperluan untuk rakyat terus mengamalkan norma baharu terutama penggunaan pelitup muka secara berterusan.

“Harga baharu ini akan berkuat kuasa melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bermula pada 1 November 2020,” katanya.

-BERITA HARIAN

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KTMB tawar diskaun tambang sehingga 50 peratus

PDRM siasat 4 pemilik akaun media sosial hina Agong