in ,

Haqiem Rusli beli kereta mewah berharga hampir RM300,000

Penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli berkongsi berita gembira di Twitter miliknya apabila memuat naik gambar bersama sebuah kereta mewah.

Berkongsi perkara itu, Haqiem, 22, berkata, kereta mewah jenis Mercedes Benz GLC 200 itu dibeli sebagai hadiah kepada diri sendiri atas penat lelahnya selama ini.

“Reward yourself, Syukur,” tulisnya.

Rata-rata peminat dan kenalan membanjiri ruangan komen pelantun lagu Tergantung Sepi itu dengan ucapan tahniah serta berbangga dengan pencapaiannya itu pada usia yang masih muda.

Haqiem turut berkongsi foto bapanya, Rusli Abdul Manaf memandu kereta berkenaan memandangkan dia masih belum memiliki lesen memandu kereta.

Dalam pada itu, Haqiem juga berharap perkongsiannya itu tidak menimbulkan rasa kurang senang dikalangan peminat sebaliknya dijadikan inspirasi untuk mereka mencapai sesuatu yang diimpikan.

Terdahulu, Haqiem pernah membeli kereta idamannya jenis Mitsubishi Lancer secara tunai sewaktu dia berusia 19 tahun.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

COVID-19: KPT diminta sedia bantuan peranti, pelan data untuk mahasiswa memerlukan

Dua beranak, pekerja di sambung reman cemar Sungai Selangor