in ,

HANYA YANG BERPENDIDIKAN TINGGI FAHAM KEPERLUAN PRU-15

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan menyifatkan hanya golongan berpendidikan tinggi dapat memahami keperluan melakukan pilihan raya umum (PRU) kerana ia sudah dilakukan di Amerika Syarikat dan Singapura.

Tambah beliau lagi, Malaysia juga sudah melaksanakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Chini, Slim dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

PRU diperlukan kerana kerajaan yang sedia ada merupakan kerajaan yang mempunya majoriti paling tipis di dunia.

Mengulas tindakan TV3 yang menemubual individu yang kurang tepat untuk memberi pandangan keperluan PRU, beliau menegaskan jika ditemubual mereka yang berpendidikan tinggi sudah tentu jawapannya berbeza.

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LEMBAGA DISIPLIN BOLEH SIASAT ANNUAR MUSA JIKA ADA ADUAN RASMI

TIADA TEMPAT UNTUK POLITIK BERASASKAN KAUM, AGAMA