in ,

Hamzah Zainuddin – Lompat Parti Bukan Pengkhianatan

Interview with Home Minister Datuk Seri Hamzah Zainuddin on his 100 days in Putrajaya, Wednesday 16 June 2020 MOHD SAHAR MISNI/The Star

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini mempertahan tindakan sesetengah ahli politik yang lompat parti dengan menyatakan bahawa mereka bukan pengkhianat.

Menurut beliau, gelaran pengkhianat atau duri dalam daging tidak sepatutnya timbul kerana matlamat asas kepada penubuhan kerajaan baru adalah untuk menumbangkan Pakatan Harapan (PH).

“Beberapa perbincangan awal diadakan di kalangan ahli-ahli parlimen daripada pelbagai parti politik telah berkongsi aspirasi sama menyelamatkan negara agar Perdana Menteri ketika itu disandang oleh Tun Dr. Mahathir Mohama, meneruskan kepimpinanya dengan kerajaan baru.”

“Bagi memastikan segala perancangan ini dapat direalisasikan, beberapa ahli parlimen terpaksa berkorban dengan membuat beberapa keputusan yang penting.”

“Ini termasuklah penyertaan ahli-ahli parlimen tertentu ke dalam parti baharu untuk memastikan usaha ini dapat dijayakan.”

Menyingkap kembali kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan 23 Februari lalgu, gabungan PKR, Amanah, DAP dan Parti Warisan Sabah sudah tidak lagi mempunyai majoriti di Parlimen.

Tindakan yang terjadi susulan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa keluar Bersatu dan 11 ahli parlimen PKR, PH yang mempunyai 139 kerusi kini tinggal 102 kerusi.

Berita selanjutnya menyusul. 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LKS: We Will Never Work With Kleprtocrats

Azeez Rahim Loses Defamation Suit Against Lim Guan Eng