in

Hamzah lancang kerana sistem demokrasi tidak berfungsi secara normal-Kit Siang

Veteran Democratic Action Party (DAP), Lim Kit Siang berkata, sistem demokrasi di negara hari ini, tidak lagi berfungsi secara normal dan kerajaan tidak berusaha ke arah itu.

Menurutnya lagi, jika Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasinya berfungsi secara normal, sudah pasti Hamzah Zainuddin didesak supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Hamzah bertindak lancang dan tanpa segan silu mengakui bahawa suara dalam rakaman audio tular mengenai campur tangan pelantikan Ketua Polis Negara yang baru adalah miliknya dan kononnya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan,”katanya dalam sebuah kenyataan.

Hamzah Zainuddin menjadi perhatian selepas bekas Ketua Polis Negara menyebut Namanya sebagai ahli politik yang mencampuri urusan dalaman Polis Diraja Malaysia.

Kit Siang berkata, Kerajaan yang terbentuk hari ini adalah kerajaan pintu belakang, tidak cekap, tidak demokratik, kakistokratik dan tidak sah.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Johor BERSATU is willing to cooperate with UMNO

60 percent of 159 counties nationwide changed status to red zones