in

‘Gundah gulananya pimpinan negara’- Anwar nafi rakaman audio bersama Zahid

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan rakaman audio yang tular bersama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar menafikan rakaman tersebut di Facebook miliknya. Beliau juga turut berkongsi video penafian yang dibuatnya pada malam Majlis Perasmian dan Pelancaran Bilik Gerakan Utama Keadilan Selangor.

Menerusi video yang berdurasi 2 minit 46 saat itu, Anwar Ibrahim yang juga Ketua pembangkang berkata ‘Ini nak gunakan kita, nak lawan politik dalam umno, nak guna kononnya perbualan saya denga Datuk Seri Zahid untuk politik Bersatu, nak menikam pimpinan UMNO, ini bukan kerja saya’.

Beliau juga berkata memang ada suara sepertinya.

Tambahnya lagi dalam ucapan tersebut “ini menunjukkan ternyata gundah gulananya pimpinan negara ini, mencari apa sahaja tipu helah”.

Beliau juga turut mengarah pegawainya membuat laporan polis untuk menyiasat punca perkara tersebut.

https://www.facebook.com/watch/?v=845576079331719

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Should Zahid lead UMNO for GE-15?

There we’re no discussion with Negeri Sembilan Government on the realignment of ECRL- Amiruddin