in

Gubal undang-undang pun kena wajar dan munasabah-Khalid Samad

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad berkata, kompaun yang dikenakan kepada rakyat baru-baru ini tidak wajar dan tidak munasabah.

Menurut beliau, hal ini berlaku kerana keadaan darurat yang menyebabkan parlimen tidak bersidang dan sebarang pengubalan undang-undang tidak dapat dibahas di parlimen.

“Dari segi gubal undang-undang pun kena wajar dan munasabah. Masalanya bila kita ada dalam keadaan darurat nak gubal undang-undang ni dia ikut suka dia lah bukan dia boleh bahas dalam parlimen lalu bila tak dibahas dalam parlimen dia buat ikut suka dia. dia tak boleh bezakan dengan syarikat-syarikat.

“Kalau syarikat gergasi yang jalan kan kilang dan sebagainya dalam suasana sepatutnya ditutup tu  mungkin satu hal tapi ini orang peniaga-peniaga buka gerai tepi jalan tak kan lah kamu nak kenakan kompaun tak dapat beza kan keadaan, katanya kepada Big Blue tv selepas program bual bicara Big Live.

Tambahnya lagi, seharusnya matlamat kerajaan untuk membantu rakyat tetapi malah hilang fokus dan tidak faham tanggungjawab terhadap rakyat.

Menurut beliau lagi, kompaun yang tinggi dikenakan oleh kerajaan kepada peniaga kecil, tidak menyelesaikan masalah malahan hanya menimbulkan kemarahan rakyat.

“Bukannya menyelesaikan masalah dan hanya menimbulkan kemarahan rakyat dan juga pada masa yang sama membebankan rakyat dengan kadar saman yang tidak munasabah, katanya.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, gambar Menteri yang melanggar Standard Procedure Operation (SOP) iaitu tidak menjaga penjarakan, tidak memakai pelitup mulut dan hidung sering dilihat tular di media sosial.

Oleh hal yang demikian, rakyat mempersoal tindakan Menteri yang tidak mematuhi SOP.

“Masalah itu lah kita nak bersuara pun sukar kerana parlimen tidak bersidang dan ini merumitkan lagi kerana kerajaan dia tak faham dan dia tak belajar dari kesilapan, katanya.

Beliau mengulas mengenai, berita yang tular di media sosial iaitu peniaga kecil di kenakan kompaun sehingga RM50,000.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#ProjekBukaBangkit Kolaborasi Mampan Drop & Wash bersama Foodpreneurs Tempatan

Penolakan permohonan geran Afdlin Shauki bermotifkan politik-Anwar Ibrahim