Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi hari ini mengangkat sumpah jawatan Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengangkat sumpah jawatan itu pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Sumpah Simpan Rahsia di Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini.

Walau bagaimanapun, istiadat berkenaan di saksikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maumun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Selain itu, turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Pertanian dan industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

 

kredit: Facebook Istana Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *