in

Goldman Sachs bebas tuduhan urus niagabon 1MDB

OLEH FIZZ AZIZ,

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Goldman Sachs International Ltd dan dua entitinya di Asia daripada pertuduhan berkaitan kes terbitan bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai US$6.5 bilion (RM27.2 billion).

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud untuk menarik balik semua pertuduhan terhadap bank pelaburan global itu yang berpangkalan di United Kingdom.

Pada Disember 2018, Malaysia memfailkan empat pertuduhan terhadap Goldman Sachs kerana didakwa meninggalkan fakta material berhubung penjualan bon terbitan antara anak syarikat 1MDB dengan Aabar Investments PJS Limited (Aabar Limited).

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 179(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan boleh dihukum menurut Seksyen 182 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SYED SADDIQ TERIMA TOMAHAN TUN M

LINTAS LANGSUNG WALIMATUL URUS : LEFTENAN KOLONEL MISNON & HAIRUNNISA ZAKARIA