in

‘Gerakkanlah media sosial kita’, menangkis fitnah- Zahid Hamid

Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga presiden UMNO,Datuk Seri Zahid Hamidi, menyeru kepada ahli UMNO untuk mengerakkan media sosia bagi menangkis segala tomahan dan fitnah.

Zahid Hamidi dalam Hantaran terbarunya menerusi Facebook miliknya berkata, ‘jika kita tidak menangkisnya, persepektif negatif akan terus dimainkan pihak lawan untuk menahan UMNO daripada bangkit’.

https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/posts/2038889449582955

Tambahnya lagi, “Dunia digital hari ini semuanya boleh dibuat-buat. Video, foto dan panggilan suara boleh direka kerana sudah ada aplilkasi”.

Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) tewas PRU-14 pada 9 Mei 2018 adalah disebabkan media social.

Menurutnya lagi, ‘pelbagai dakyah, fitnah, perspektif negative dan cerita tokok tambah diada-adakan pihak lawan untuk menjadikan rakyat benci kepada UMNO serta BN’.

Zahid hamidi berkata, walaupun UMNO hanya membentuk kerajaan dan tiada kuasa pemerintahan mutlak, tetapi masih ada pihak yang memburuk-burukkan UMNO dan menyebar fitnah.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TVET is not a second class education

UMNO VS BERSATU: Cause and Effect