Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkata, graduan yang bergaji rendah perlu bersyukur, kerana masih mempunyai pekerjaan.
Tambahnya, hal ini kerana pasaran kerja pada tahun lepas yang lemah disebabkan negara yang menguncup sebanyak 5.6%.
“para graduan yang ada kerja harus bersyukur kerana graduan lain tak ada kerja atau gaji rendah itu, sabarlah, tahun ini ekonomi makin pulih, mungkin bertambah permintaan, gaji akan naik”.
“kerajaan tidak boleh memaksa atau menetapkan gaji tinggi kerana ia biasanya berdasarkan kepakaran dan kemahiran dimiliki individu”, jelasnya.
Walau bagaimanapun, kerajaan menjangkakan gaji permulaan bagi siswazah yang memasuki pasaran kerja akan lebih tinggi menjelang pertengahan tahun ini berikutan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin pulih, katanya.
Gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan adalah sebanyak RM1200 sebulan, tambahnya.