in

Gagal mematuhi waktu operasi, kompaun maksima RM10,000.00

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perbuatan seseorang pemegang lesen dan pemilik premis yang gagal mematuhi waktu operasi premis boleh dikenakan kompaun maksima RM10,000.00.

Tambahnya, kadar pengurangan sebanyak 50% sekiranya membayar kompaun dalam tempoh 7 hari dan 25% sekiranya dalam tempoh 14 hari.

Takiyuddin Hassan berkata, garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Kerajaan telah menggubal Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun di bawah Akta 342 untuk dijadikan panduan kepada pihak penguatkuasa yang menjalankan penguatkuasaan pematuhan SOP yang ditetapkan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliau mengeluarkan kenyataan susulan tular nilai kompaun RM50,000 yang dikenakan kepada seorang peniaga burger yang beroperasi melebihi had waktu yang ditetapkan di Kelantan semalam.

Jelasnya, tindakan mengenakan kompaun bagi kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang adalah semata-mata bertujuan untuk pencegahan dan memberi pengajaran kepada pelaku.

Justeru, semua perlu bertanggungjawab dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 dalam komuniti yang masih  di peringkat kritikal dan serius.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

School closed after Aidilftri celebration

Hentikan penggunaan akta lapuk- Anwar Ibrahim