in

Fungsi darurat gagal melawan penularan COVID-19

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia sekali lagi dimalukan di peringkat antarabangsa dalam aspek demokrasi tatkala rekod negara kita merudum 18 anak tangga ke 119 dari 180 negara.

Jelasnya lagi, langkah dan tindakan agresif kerajaan mengisytiharan Darurat pada bulan Januari 2021 yang lalu nampaknya akan terus memburukkan rekod kita pada tahun 2021.

“Situasi ini sangat membingungkan tatkala kita tahu bahawa fungsi Darurat adalah untuk meningkat keupayaan negara dalam melawan penularan COVID-19. Namun, nampaknya ia tidak membantu malah gagal dalam mengurus dan mengemudi,” katanya.

Menurut beliau, tindakan dan sikap sebegini hanya akan menjatuhkan prospek Malaysia di peringkat antarabangsa.

Malahan, akan memberi kesan yang buruk pada usaha kita dalam memulihkan ekonomi pada saat ini yang sangat parah.

Anwar Ibrahim berkata, bakal pelabur dan rakan strategik dalam pelbagai sektor perniagaan mungkin akan memilih negara lain berbanding Malaysia.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

‘Kluster katak adalah binatang politik’- Ahmad Jazlan Yaakub

PAS sedia atur perjumpaan selesaikan kemelut UMNO-BERSATU