in

Fenomena Kepala Air Gunung Jerai: Mangsa hilang ditemui meninggal

GUAR CHEMPEDAK – Pekerja Jerai Hill Resort dikhuatiri hilang selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai pada petang Rabu telah ditemui meninggal dunia oleh pasukan penyelamat pada jam 10.35 malam semalam.

Mayat Sharuzi Mohamad, 53, ditemui tersangkut berdekatan tangki air yang terletak 200 meter dari pusat peranginan terbabit, di lokasi sama di mana seorang lagi pekerja resort yang terselamat berjaya ditemui petang semalam.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan puncak Gunung Jerai ditamatkan pada jam 11.30 malam.

Dalam insiden kira-kira 4.30 petang Rabu, tiga pekerja Jerai Hill Resort terselamat, manakala seorang lagi gagal dikesan selepas mereka terperangkap dalam fenomena kepala air di puncak Gunung Jerai.

Sehubungan itu, lebih 20 rumah penduduk di lima kampung sekitar kaki gunung tersebut rosak dan terjejas teruk akibat dilanda bencana banjir kilat kesan fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai, petang semalam.

27 mangsa daripada tujuh keluarga yang terjejas sudah pun dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Gurun dan Merbok demi keselamatan penduduk.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kes gangguan seksual: Pendakwah popular hadir beri keterangan

18 Ahli Parlimen PAS sokong Ismail Sabri sebagai calon PM