in ,

Farah Nabilah selamat bersalin anak lelaki

Pelakon Farah Nabilah selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di Ampang, pagi semalam.

Farah, 28, berkongsi perkara gembira itu di Instagram miliknya dengan memuat naik video tanpa visual dan hanya bunyi tangisan seorang bayi.

Farah berkata, mengikut jangkaan dia sepatutnya bersalin bulan depan.

Kami sambutnya lebih awal. Syukur Alhamdulillah, saya dan anak sulung kami dalam keadaan selamat.

Segala-galanya dipermudahkan. Terima kasih atas doa yang dititipkan untuk saya, suami dan anak kami.

Semoga Tuhan merahmati semua dengan kegembiraan dan keindahan ketika kita semua diuji dengan keadaan sekarang ini,” katanya.

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin turut memberitahu, buat masa ini dia belum bersedia berkongsi wajah anak sulungnya itu.

“Bila sudah tiba masa yang sesuai saya akan dedahkan wajah dan beritahu namanya ya,” katanya.

Terdahulu, Farah dan suaminya, Mohammed Amirul Yunus, yang bertugas sebagai juruterbang selamat bernikah pada 20 Disember tahun lalu.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bon 1MDB: Goldman Sachs bayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura

‘Saya tidak gila kuasa, minta nasihat pakar untuk adakan PRN-12’