in ,

Fara Hezel kongsi nama dan wajah anak

Selepas selamat melahirkan anak lelaki pada 18 Oktober lalu, penyanyi, Fara Hezel berkongsi gambar terbaru dan nama anak sulungnya.

Fara, 24, memuat naik gambar bayi yang diberi nama Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin itu di Instagram miliknya.

“Terima kasih kepada semua yg mendoakan putera sulung kami, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra bin Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin,” tulisnya.

Terdahulu, kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Fara yang kini menetap di Kuala Terengganu berkahwin dengan Tengku Mohammad Kamal pada 20 Disember tahun lalu.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nonny Nadirah batal pernikahan

Lagu Cinta Kita musim kedua gandingkan Elly Mazlein, Michael Ang dan Azwan Ali sebagai pengacara