in ,

Faizal Azumu Calon Timbalan Perdana Menteri?

“Jumpa di Seri Satria“, begitulah ungkapan sinis Datuk Seri Faizal Azumu sejurus selepas menyampaikan surat perletakkan jawatan beliau kepada Sultan Nazrin semalam.

Kata-kata yang dipetik beliau itu, merujuk kepada poster palsu yang kononnya ditularkan oleh Armada Bukit Gelugor yang menyampaikan ucapan tahniah kepada beliau kerana dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Penerangan Armada, Ashraf Mustaqim Badrul Munir turut menyangkal tohmahan yang tular di media sosial dengan menyatakan bahawa kenyataan tersebut tidak ada kena-mengena dengan sayap parti itu.

“Ia adalah palsu”

Pada masa yang sama, Pejabat Perdana Menteri turut mengesahkan bahawa poster itu palsu.

“Ini palsu. Setakat ini tiada lagi keputusan rasmi untuk letak Faizal Azumu sebagai Timbalan Perdana Menteri.”

Maklumat selanjutnya menyusul. 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Faizal Azumu Named As The Next Deputy Prime Minister?

Osman Sapian Wants Bersatu To Return The Favour By Toppling Johor MB