in ,

Fad Bocey timang anak lelaki

Isteri kepada pelawak, Fad Bocey, Nur Syahirah Abdul Rahman selamat melahirkan anak keempat mereka di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor, pagi tadi.

Fad berkongsi berita gembira itu di Instagram (IG) miliknya, berkata, rasa syukur dengan kehadiran bayi yang diberi nama Ibrahim Jibriel dalam hidupnya sekeluarga.

Assalamualaikum, salam subuh semua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Tarikh hari ini, 20.10.2020, jam 4.41 pagi, isteri saya selamat melahirkan baby boy.

Welcome baby mommy and daddy, Ibrahim Jibriel Mohamad Fadzlie. Terima kasih semua yang mendoakan kami. Terima kasih juga kepada isteri tersayang. I love you so much,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Fad turut memuat naik sekeping gambar memaklumkan mengenai kelahiran anak keempatnya itu.

Mac lalu, Nur Syahirah mengumumkan berita kehamilannya menerusi IG ketika meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan yang kelima.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata itu pasangan kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UMNO, PAS setuju daftar Muafakat Nasional

Kekasih Baru Haris Halim