in ,

Facebook kini dikenali sebagai Meta

California – Syarikat perkhidmatan media sosial ternama dunia, Facebook Inc telah melalui penjenamaan semula yang kininya rasmi dikenali sebagai Meta, pada Khamis semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Zuckerberg berkata, nama baharu itu mencerminkan tumpuan syarikat dalam pembinaan ‘metaverse’ yang digambarkan sebagai ‘wujudnya rasa kehadiran  – seperti anda berada di sana bersama orang lain atau di tempat lain’.

“Menerusi metaverse, anda mampu melakukan hampir apa sahaja yang dibayangkan. Seperti berada bersama teman dan famili, bekerja, belajar, berhibur atau membeli-belah. Pengalaman baharu ini melangkaui cara kita berfikir mengenai komputer serta telefon pada masa kini.

“Di masa hadapan, anda mampu teleport serta-merta sebagai hologram untuk berada di pejabat tanpa berulang-alik, berhibur di konsert bersama rakan-rakan atau meluangkan masa dengan ibu bapa di rumah,” katanya ketika bercakap pada persidangan realiti maya.

Menurut beliau, metaverse akan membuka lebih banyak peluang tidak kira di mana sahaja anda berada. Kita akan dapat meluangkan lebih banyak masa untuk perkara yang penting, mengurangkan masa dalam lalu lintas malah kurangkan jejak karbon anda.

“Mulai sekarang, kami akan dikenali sebagai metaverse terlebih dahulu, bukannya Facebook. Bermakna, lama-kelamaan anda tidak memerlukan akaun Facebook untuk menggunakan perkhidmatan kami yang lain.

“Apabila jenama baharu berkenaan mula muncul dalam produk kami, saya berharap orang di seluruh dunia mengenali jenama Meta dan masa depan yang kami perjuangkan,” sambungnya.

Facebook menjelaskan menerusi ciapan di Twitter, bahawa nama aplikasi yang dikendalikannya termasuk Instagram, Messenger, WhatsApp dan juga Facebook tidak akan berubah. Buat masa ini, Facebook masih kekal Facebook namun anda boleh melihat dengan lebih dekat lagi pada Meta baharu di https://about.facebook.com/meta.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Khazanah dipercayai milik empayar Srivijaya ditemui nelayan Sumatera

India uji peluru berpandu ICBM jarak jauh 5,000 km