in

ERL gantung perkhidmatan mulai esok

Woman use of cellphone in train

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menggantung semua perkhidmatan trennya mulai esok (Jumaat, 4 Jun 2021) ini sehingga notis lanjut dimaklumkan kemudian, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

ERL merupakan pengendali perkhidmatan kereta api KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA2 dan bandar raya Kuala Lumpur.

Dalam sebuah kenyataan, ERL memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat susulan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat selain mengambil kira arahan terkini kerajaan berhubung Langkah bekerja dari rumah serta sekatan perjalanan lebih ketat yang bermula semalam.

“Justeru, ERL menasihati orang ramai yang mahu meneruskan perjalanan dan bergerak untuk hal mustahak Ketika tempoh ini supaya mengatur pilihan pengangkutan mereka.

“Kami mohon maaf atas kesulitan terhadap rancangan perjalanan dan keperluan pergerakan anda. Sila atur pengangkutan alternatif destinasi anda dalam tempoh sekarang ini,” katanya di Facebook.

Maklumat mengenai pilihan pengangkutan boleh didapati menerusi www.KLIAekspress.com, Facebook dan Twitter KLIA Ekspress termasuk di kaunter stesen.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Moratorium continued for customers of Islamic Bank Institution

Angka akan terus tinggi- Dr Dzulkefly