in ,

Lee Min Ho lancar saluran YouTube, peminat teruja

Selepas empat hari melancarkan saluran YouTube miliknya dengan menggunakan pengenalan Leeminho Film, penyanyi dan pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ho sudah meraih lebih 213,000 pengikut.

Lee Min Ho sudah memuat naik video pertamanya iaitu bayangan filem terbitannya sendiri mengenai perjalanan kerjaya seni diceburi.

Video pertama yang dimuat naik Lee Min Ho di saluran YouTube berkenaan sudah mencecah lebih 536,000 tontonan.

Malah, kapsyen di video itu juga mendedahkan Lee Min Ho turut bertindak sebagai penerbit dan pengarah kreatif untuk filem berkenaan.

Rata-rata peminat pelakon drama The Legend of The Blue Sea dan The King: Eternal Monarch ini meluahkan rasa teruja ingin menonton episod pertama ‘Movielog Ep.1’ di saluran YouTube berkenaan.

Sehari selepas itu, video kedua bertajuk Movielog EP.2 turut dimuat naik dan sudah mendapat 341,000 jumlah tontonan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ahli Parlimen perlu jalani saringan setiap 2 minggu

Nina Iskandar kembali bertudung