in , ,

Emma Raducanu rangkul gelaran juara Kejohanan Tenis Terbuka AS 2021

New York: Pemain tenis Britain, Emma Raducanu menundukkan bintang Kanada, Leylah Fernandez dalam pusingan final perseorangan wanita pada Sabtu lalu, sekali gus diangkat sebagai juara Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021.

Raducanu, 18, memenangi kejuaraan Grand Slam sulungnya dan serentak menjadi jaguh termuda Grand Slam dalam 17 tahun setelah menumpaskan pencabarnya, Fernandez, 19, dengan straight set 6-4, 6-3 di gelanggang hardcourt final yang berlangsung di Stadium Arthur Ashe pada Sabtu lalu.


Setelah 44 tahun, pemain muda di kedudukan ke-150 dunia itu turut melakar sejarah dengan menjadi wanita Britain pertama memenangi Grand Slam sejak 1977 yang ketika itu dimenangi Virginia Wade.

Raducanu membawa pulang piala kemenangan dan hadiah tunai US$2.5 juta atau RM10.36 juta.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pasukan MySejahtera dikerah selesaikan isu sijil digital vaksin dalam tempoh seminggu

Dalang stokis biskut dan kek terlarang ditahan