in ,

Eka Hazikah tidak putus asa

Terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlaku kini, namun sedikitpun tidak mematahkan semangat pendatang baru, Eka hazikah untuk terus mempromosikan singlenya berjudul, Terbiar.

Eka atau nama sebenarnya Nurhazikah Hanafi, 25, berkata, apa yang berlaku sekarang pastinya memberi kesan kepada semua orang.

Justeru, gadis berasal dari Selangor ini tidak boleh berputus asa sebaliknya perlu lebih bijak menggunakan media sosial sebagai tempat mempromosikan lagunya.

“Tidak dinafikan PKPB sangat memberi kesan kepada saya, tawaran persembahan dan promosi semuanya terpaksa ditunda.

“Sepatutnya saya akan ke beberapa negeri untuk mempromosikan lagu Terbiar disebabkan kes Covid-19 semakin meningkat naik semuanya terpaksa ditangguhkan dulu,” katanya.

Baru hendak menarik nafas lega apabila diberikan tawaran menjadi suara latar untuk produk kecantikan, anak tunggal ini akur PKPB membataskan semuanya.

“Saya hanya fokus menyanyi semata-mata dan apabila masalah ini berlaku memang tidak boleh buat apa-apa.

“Namun begitu, media sosial banyak membantu yang penting saya perlu rajin memuat naik pelbagai content di Facebook, Instagram dan YouTube saya,” katanya lagi.

Single Terbiar sudahpun dilancarkan sejak Jun lalu dan lagu berkenaan dicipta oleh Aidil Zambri dan Shah Shamshiri.

Terbiar dicipta dan diilhamkan melalui kisah sebenar yang dilalui sendiri oleh Eka.

Jalan ceritanya berkisahkan bagaimana Eka sebelum ini berjuang dalam kehidupannya bagi melalui pelbagai kisah sedih dan keperitan hidup yang benar-benar berlaku sepanjang kehidupan yang dilaluinya.

 

 

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ahli Parlimen dititah sokong Belanjawan 2021

Henti sementara guna 2 vaksin influenza