in

Dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat kebenaran- Mufti WP

automobile congestion in the morning rush hour

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, kerajaan menetapkan hukum melanggar larangan merentas negeri pulang ke kampung menyambut Aidilfitri adalah haram.

Menurutnya, baru-baru ini di media ada kes tipu dokumen untuk merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat (kebenaran)

Beliau berkata, menurut hadis Rasullah SAW ada menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit.

Manakala, mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada Kawasan berkenaan.

“Sekarang angka (Jangkitan) semakin tinggi, jadi kalau dibenarkan (rentas negeri) bila rantaian jangkitan ini akan berhenti? Soalnya.

Justeru, umat islam peru Kembali kepada perkara paling asas termasuk menerima larangan dikenakan pemerintah sekiranya tujuan adalah untuk kebaikan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

“Sumbangan bekalan makanan hanya 10% kepada Rohingya” – Zarina Ismail

Covid case might reach between 5,000 to 10,000