in ,

Dr Asyraf Wajdi Hubungi CEO KWSP Kemuka Cadangan Untuk Pengeluaran i-Sinar

Melalui perkongsian di laman media sosial Facebook, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji tindakan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mengambil tindakan proaktif berhibing secara terus dengan CEO KWSP Tunku Alizakri Alias dan mengemukakan cadangan baru bagi pengeluaran i-Sinar.

Di dalam nukilan beliau, Najib menulis, “Terima kasih pemuda. i-Moga ada sinaran yang tidak malap lagi pada masa terdekat.”

Berkongsi tindakan beliau melalui komen, Dr Asyraf memaklumkan bawaha beliau sudah menghubungi CEO KWSP.

“Saya sudah menghubungi CEO KWSP Tunku Alizakri Alias dan meminta beliau untuk mansuhkan sahaja semua syarat dan kriteria yang ditetapkan bagi mempermudahkan urusan rakyat khususnya para pencarum untuk mengeluarkan wang simpanan mereka melalui i-Sinar Akaun 1.”

“Beliau memberi maklum balas dan jawab dengan baik dan positif untuk bawa isu ini dan akan berbincang secara lanjut dengan YB Menteri Kewangan mengenainya. Doakan agar ada natijah yang positif untuk rakyat. 

Berita selanjutnya menyusul. 

 

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Najib: Putrajaya Allowing Inter-State Movement Indicates That It Cannot Control Covid-19

Anwar Wants A Vote Of Confidence In Parliament