in ,

Dolla terharu media antarabangsa bandingkan mereka dengan BLACKPINK

Sejak awal kemunculan penampilan kumpulan Dolla, pasti akan disamakan dengan kumpulan popular dari Korea Selatan, BLACKPINK.

Malah media antarabangsa turut mendakwa kononnya kumpulan ini meniru BLACKPINK.

Dolla yang dianggotai oleh empat gadis cantik iaitu Sabrina atau Sabronzo, Angel, Tabby dan Syasya juga sering dikecam seolah mereka tiada identiti sendiri sehingga dikatakan 100 peratus meniru gaya BLACKPINK.

Empat wanita cantik ini juga tidak hanya mempunyai bakat menyanyi malah tarian mereka sangat mengagumkan.

Dolla sebelum ini memeriahkan industri muzik tempatan dengan single pertama mereka ‘Make You Wanna’ yang dihasilkan oleh komposer dan produser lagu yang terkenal dari Australia, Bryan B.

Melihat perkara itu daripada sudut positif, mewakili kumpulan Dolla, Sabronzo berkata, pendedahan media luar negara itu sebagai satu peluang untuk mereka membina nama dan mengumpul peminat baharu.

Pada awalnya saya tak sedar portal yang keluarkan artikel itu sehinggalah ahli kumpulan lain memaklumkan mengenainya dan memang terkejut sebab tak sangka mereka sudi menulis mengenai kami.

Walaupun cerita dalam artikel itu mengenai sesuatu isu yang agak sensitif tetapi kami menerimanya dari sudut positif kerana ia adalah peluang untuk kami memperkenalkan Dolla.

Topik yang diketengahkan mengenai BLACKPINK dan seksi itu bukan benda baharu, jadi isu berkenaan sama sekali tidak membuatkan kami rasa patah semangat atau sebagainya,” katanya.

Dipaparkan dalam sebuah portal terkenal www.allkpop.com, artikel mengenai Dolla menjadi pilihan portal itu yang menyentuh mengenai perbandingan kumpulan Dolla dengan BLACKPINK yang mendunia popularitinya.

Disebabkan cerita ini, Kumpulan Dolla menjadi Trending di laman Twitter. Malah kini Video Muzik Dolla Make You Wanna, terus meningkat naik dengan 80 Ribu tontonan.

Sebelum ini, beberapa portal hiburan popular di Korea Selatan, Indonesia dan Singapura pernah menerbitkan artikel mengenai kumpulan Dolla.

Antara topik yang dibangkitkan ialah mengenai perbandingan kumpulan berkenaan dengan BLACKPINK.

Secara tidak langsung, liputan meluas yang diberikan media antarabangsa berkenaan sedikit sebanyak membantu menaikkan jumlah tontonan video muzik (MV) Dolla Make You Wanna di laman YouTube.

Jika ada yang memberi komen negatif kami terima dengan hati yang terbuka, apa yang kurang kami cuba perbaiki dan kami sangat berterima kasih atas sokongan semua pihak.

Kami anggap ia satu penghargaan apabila ada yang menyamakan kami dengan BLACKPINK namun sesungguhnya mereka berada di satu tahap yang berbeza.

Ingin saya tegaskan di sini, kami bukannya tiru bulat-bulat kumpulan BLACKPINK, tetapi kami terinspirasi daripada beberapa kumpulan wanita lain daripada Barat dan juga tempatan,” kata Sabronzo lagi.

Dalam pada itu, kumpulan ini bakal tampil dengan single kedua bertajuk Impikan yang akan dilancarkan hujung bulan ini.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tak Sangka Lokasi Menarik Ini Ada di Sekinchan

Astro tayang program menarik sempena sambutan Maulidur Rasul