in ,

Diddy Hirdy kongsi pengalaman lihat penggambaran filem The Batman depan mata

Menetap di Liverpool bagi menyambung pengajian diperingkat Doktor Falsafah (Phd) turut memberi pengalaman baru buat bekas peserta Akademi Fantasia (AF4), Diddy Hirdy apabila berpeluang melihat penggambaran filem berlaku di depan mata.

Diddy atau nama sebenarnya, Syamsul Hirdi Muhid, yakin mereka yang tergilakan Robert Pattinson akan teruja saat melihat pelakon berkenaan berada di hadapan mata.

Berkongsi perkara itu di Instagram miliknya, Diddy, 35, berkata, dia sendiri tidak menyangka dapat peluang seperti itu.

Sebelum ini selalu baca di berita tentang penggambaran filem The Batman yang katanya 70 peratus menggunakan lokasi di Liverpool.

Dalam berita itu pun selalu nampak ramai orang bersesak-sesak di seberang jalan tempat lokasi penggambaran untuk tengok segala proses penggambaran dan yang paling penting untuk melihat Robert Pattinson dan pelakon yang lain.

Oleh kerana saya memang tidak minat pelakon itu mahupun filem berkenaan, jadi saya pun taklah rasa hendak pergi menjengah ke set penggambaran filem ini.

Tambahan pula dengan kes Covid-19 yang sangat menggila di Liverpool ni. Jadi tak payahlah,” katanya.

Diddy berkata, kebetulan minggu lalu selepas selesai urusan penting di awal pagi di City Centre dia lalu di kawasan penggambaran berkenaan, kira-kira jam 9.30 pagi.

Daripada jauh sudah nampak orang mula sibuk bekerja. Menariknya waktu ini tidak ramai pula orang berkumpul di situ kecuali fotografer yang bawa kamera panjang mungkin juga paparazzi.
Saya pun join sekali sambil perhati bawa keluar telefon cap ayam ni cubalah ambil gambar dan video mana tahu boleh terjumpa Robert bolehlah jadi modal tunjuk dekat adik beradik yang minat dekat dia,” katanya.

Katanya lagi, dia yang pada mulanya tidak kisah dengan penggambaran filem berkenaan mula terpaku kerana melihat persiapan yang begitu gah disamping pelakon tambahan yang ramai.

Dapatlah saya melihat beberapa babak penggambaran untuk filem ini. Difahamkan ini adalah babak pengebumian.

Saya juga dapat melihat Robert daripada jauh dalam kereta ketika sampai dan ketika kru produksi menolak keretanya.

Hampir setengah jam menahan sejuk dan selesai mengambil gambar serta video saya pun bergerak pulang ke rumah.

Paling penting saya dapat bahan untuk dikongsi bersama adik beradik dan anak saudara yang sangat meminati Robert ni,” katanya.

 

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita dari Sibu, korban terbaharu Rabies di Sarawak

Buruh paksa bukan lagi isu sawit negara ini – Khairuddin