in

Dia memang pandai berkenaan video dan audio- Anwar Ibrahim

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, “Takpe lah, itu pandangan dia. Berkenaan dengan video dan audio ini, dia memang pandai. Kenyataan saya ringkas tetapi maknanya mendalam”.

Beliau berkata demikian terhadap dakwaan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai isu penyebaran rakaman audio yang didakwa mirip suara beliau dan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Zahid Hamidi.

Sebelum ini Azmin Ali dilaporkan yakin bahawa rakaman audio didakwa mirip suara Anwar Ibrahim yang tular adalah sahih.

Malah, Azmin Ali juga menyifatkan perkara itu sebagai satu pengkhianatan terbesar khususnya dilakukan oleh Anwar jika audio tersebut dibuktikan benar.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

“Azmin is an expert when it comes to audio and video” – Anwar

MN and PN will not be involved in the discussion for targeted seats in Johor