Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Menu

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

in ,

Darurat yang diisytiharkan tidak jejaskan kehidupan rakyat – PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa darurat yang diisytiharkan di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat di Batu Sapi.
Ini kerana jelasnya, tindakan itu hanya bertujuan untuk membatal dan menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi demi melindungi nyawa rakyat.
“Kehidupan rakyat di Batu Sapi tidak akan terjejas dengan perisytiharan darurat ini.
“Tidak ada perintah berkurung atau pemerintahan ala tentera di Batu Sapi.
“Pentadbiran kerajaan, kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial dapat diteruskan tertakluk kepada amalan norma baharu dan peraturan serta SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang sedang berkuat kuasa di negeri Sabah,” jelasnya.
Muhyiddin pada masa sama memberi jaminan bahawa sebaik pandemik COVID-19 kembali reda, Pilihan Raya Kecil itu akan diadakan dengan secepat mungkin.
“Saya bagi pihak Kerajaan Perikatan Nasional ingin memberi jaminan bahawa apabila pandemik COVID-19 berakhir, PRK Batu Sapi akan diadakan dengan kadar segera.
“Ia tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Apabila PRK diadakan kelak, para pengundi akan dapat melaksanakan hak demokrasi masing-masing dalam keadaan yang lebih selamat, aman dan tenteram,” tambahnya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu KWSP bukan mahu jatuhkan kerajaan PN

COVID-19: 660 kes baharu, 4 kematian dan 8 kluster baharu

Back to Top

Hey Friend!
Before You Go…

Get news notifications before everyone else!


Don't worry, we don't spam

Close
Close