Setiusaha Agung DAP Lim Guan Eng menyelar tindakan Tan Sri Annuar Musa yang sengaja mengada-adakan cerita tentang kerjasama UMNO-DAP, yang sememangnya tidak benar sama sekali.

Menurut beliau, jika kerjasama tersebut wujud, beliau sebagai Setiusaha Agung sepatutnya terlibat di dalam perbincangan kerjasama itu, namun ianya tidak pernah dinatijahkan.

Guan Eng turut menggelar Annuar sebagai ‘penipu’ kerana mengheret nama DAP untuk terus relevan dalam arus politik perdana.

Annuar sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa kepimpinan tertinggi UMNO telah turut serta dalam siri perjumpaan bersama DAP untuk mewujudkan kerjasama UMNO-DAP.

Berita selanjutnya menyusul.

Fadzly Hanaffi Muzayin

By Fadzly Hanaffi Muzayin

Writing opinions about politics, leadership, government, among other things.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *