in ,

DAP Persoal Kerajaan Mana Dana RM17 Bil Untuk Covid-19

Di dalam kenyataan akhbarnya, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan kemana perginya Dana Covid-19 bernilai RM17 bilion yang diluluskan Belanjawan 2021 sehingga memaksa Kementerian Kesihatan menghentikan pelaksanaan 3T – saringan, pengesanan dan rawatan – yang lengkap dan menyeluruh.

Tambah beliau, tanpa 3T, lebih ramai rakyat Malaysia akan dijangkiti COVID-19 dan lebih banyak nyawa akan terkorban dengan sia-sia.

“Bahaya tidak melakukan ujian saringan lengkap pada semua kontak rapat dan individu yang tidak bergejala adalah sangat benar, kerana pesakit tanpa gejala boleh menjadi bergejala kemudian dan menyebarkan virus.”

“Ini dapat dilihat di Hospital Besar Pulau Pinang dengan peningkatan jumlah pesakit COVID-19 yang berusia, yang dijangkiti oleh anggota keluarga mereka yang lebih muda yang tidak mempunyai gejala.”

“Sekali lagi, apa gunanya meluluskan RM17 bilion untuk dana COVID-19 dalam Belanjawan 2021 tahun lalu jika tidak dikerahkan dan digunakan sepenuhnya?”

Menurut beliau lagi, akibat penggantungan Parlimen, perkata tersebut tidak dapat diperiksa dengan lebih lanjut dan rakyat Malaysia mahukan jawapan mengenai apa yang sudah jadi pada dana tersebut dan berapa banyak dana yang telah digunakan.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pemuda Seremban Mahu Zahid Berehat

Lim Kit Siang Mahu Parlimen Berjalan Semula