Pengerusi Democratic Action Party (DAP) Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pada masa ini DAP sedang melalui proses transformasi agar parti tersebut menonjol dengan pelbagai kaum di negara ini.
Menurutnya, kenyataan Ronnie Liu Tian Khiew yang menyatakan DAP tidak perlu mencairkan kecinaanya dan dibataskan hanya untuk meraih sokongan orang melayu, disitu DAP jelas menunjukan kepelbagaian sebagai asas parti.
Menurutnya lagi, kenyataan yang dilontarkan Ronnie tidak lebih daripada satu bentukan kritikan dalaman parti tetapo dibahaskan secara terbuka.
“Dari segi kepimpinan, dasar dan pendekatan yang dibawa oleh kepimpinan DAP hari ini jauh berbeza daripada apa yang dikatakan, katanya.
Jelasnya lagi, ini adalah proses dalaman DAP iaitu melalui proses transformasi dalaman ada pihak setuju dan ada juga yang tidak setuju.
Justeru, bagi memperjuangkan perubahan parti tersebut beliau perlu menjelaskan bahawa DAP adalah parti yang berbilang kaum.