in ,

DAP Mahu PN Batalkan Penggantungan Parlimen

PENANG 07/01/2021: DAP Secretary General Lim Guan Eng speaks to the press during the Penang DAP press conference here at Wisma DAP on January 7th. PICTURE BY SAYUTI ZAINUDIN

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membatalkan penggantungan Parlimen untuk membenarkan desakan berkenaan langkah-langkah kewangan segera di peringkat itu dapat dijalankan.

Menjelaskan keperluan langkah-langkah kewangan segera susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan, Guan Eng turut mengkritik Muhyiddin kerana tidak fokus untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian rakyat.

Tambah beliau kegagalan PN untuk mengumumkan langkah-langkah kewangan segera untuk menyelematkan ekonomi akan memperlihatkan peningkatan kadar pengangguran seperti ketika PKP yang pertama.

Antara sebab-sebab penggantungan Parlimen perlu dibatalkan adalah:

  1. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kesatuan sekerja dan kumpulan majikan telah memberi amaran terhadap lebih banyak penutupan perniagaan dan pemberhentian pekerja untuk pusingan terbaru PKP dan Darurat.
  2. Industri pelancongan yang kehilangan pendapatan RM100 bilion tahun lalu, memerlukan ‘sokongan hidup’ kewangan segera.
  3. Moratorium automatik pinjaman bank yang dijanjikan (kecuali golongan T-20), pengeluaran sendiri caruman KWSP dan kenaikan bantuan bulanan kebajikan kepada RM1,000 termasuk kepada penganggur untuk tempoh krisis COVID-19 juga masih belum Kerajaan PN dipenuhi.
  4. Kerajaan lemah dalam pelaksanaan saringan, pengesanan dan rawatan (test, trace, treat, 3T) secara menyeluruh untuk menyelamatkan nyawa.
  5. Kelewatan dua bulan dalam penghantaran vaksin.

“DAP kesal bahawa Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun gagal mempertahankan kedudukan tinggi Parlimen dengan menyokong Darurat oleh Muhyiddin yang menggantung Parlimen.”

“Sokongan Azhar terhadap penggantungan Parlimen, menimbulkan persoalan apakah gunanya ada seorang Speaker Parlimen?”

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Madius Tangau Mahu MP UMNO Tarik Balik Sokongan Untuk Bersama PH

DAP Mahu Ketelusan Siasatan Isu Kartel Daging