in ,

DAP Mahu Ketelusan Siasatan Isu Kartel Daging

Peguam Syahredzan Johan mahu Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan pihak berkuasa untuk telus dalam siasatan isu kartel daging dan segera dedahkan dalang disebalik kartel itu demi kepentingan awam.

“Setakat ini, menurut laporan (media) siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. 

“Ada juga pendakwaan terhadap pengarah syarikat yang dikatakan terlibat. Beberapa pegawai agensi kerajaan juga telah ditahan reman untuk membantu siasatan.”

“Kita sambut baik semua perkara ini, tetapi dalang kartel daging ini masih belum didedahkan kepada umum.”

Menurut beliau orang ramai kini terus berteka-teki tentang isu daging import, khususnya pihak yang terlibat sehingga menjalankan siasatan sendiri di dalam laman media sosial.

Beliau berkata amalan ini tidak akan membawa impak yang positif kerana mengesyaki syarikat yang tidak terlibat mungkin terpalit sama.

Setakat ini hasil siasatan mendapati daging beku seludup dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina telah dibungkus semula dengan logo halal.

Sejumlah 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta telah disita dalam operasi yang diketuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DAP Mahu PN Batalkan Penggantungan Parlimen

KPM Jangan Perjudi Nyawa Pelajar