in ,

Dana RM2 Juta, Ahli Parlimen Pontian mengaku tidak bersalah

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas dua tuduhan membabitkan dana RM2 juta diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berdepan pertuduhan kerana gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak pada November 2013 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan di dakwa memberi kenyataan palsu kepada Suruhjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dana sama semasa percakapannya dirakam pada tahun Julai 2019.

Bagi pertuduhan pertama, setiausaha agung UMNO itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau didenda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad Maslan didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pengubahan Wang Haram membawa kepada hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Keuntungan Petronas Dagangan melonjak naik

JAIS tidak kenakan bayaran perkhidmatan uruskan jenazah pesakit Covid-19