Dana Bina Tiga Dewan Boleh Bina Lima Masjid

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menyelar peruntukan RM35.4 juta yang disediakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina tiga dewan orang ramai di Pagoh dengan menyatakan bahawa peruntukan itu boleh membina lebih liga masjid.

Menurut beliau masjid di Kampar bernilai RM1.9 juta mampu memuatkan 500 jemaah, masjid di Kampung Semarang, Sarawak di tanah seluas 5 ekar hanya berharga RM2.5 juta dan masjid di Kampung Seri Aman Puchong, Selangor bernilai RM2.5 juta mampu memuatkan 5,000 jemaah.

Beliau mempersoal jawapan yang diberikan Pejabat Perdana Menteri yang menggariskan nilai harga yang tinggi untuk tiga buah dewan orang ramai iaitu Dewan Gersik, Tangkak bernilai RM13 juta, Dewan Masyarakat Bukit Pasir bernilai RM16.66 juta dan Pusat Komuniti Bukit Kepong bernilai RM5.77 juta.

Tambah beliau, semasa kemerosotan ekonomi disebabkan oleh pandemik Covid-19, kerajaan seharusnya berjimat-cermat dan berhati-hati dalam membelanjakan wang rakyat.

“Bukannya berniat jahat atau tidak bertanggungjawab bagi sesiapa yang mempersoalkan cara perbelanjaan perdana menteri kerana wang itu adalah daripada dana awam.”

“Saya juga ingin meminta agensi-agensi integriti dan penguatkuasaan kerajaan yang berkaitan untuk mengambil inisiatif supaya menyiasat dan menghapus keraguan tentang cara perolehan ketiga-tiga balai raya itu.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *