in

Dakwaan langgar SOP, Azmin Ali dan beberapa individu dipanggil polis bantu siasatan

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan beberapa saksi lain akan dipanggil polis berhubung isu tular yang didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) pada 1 Syawal iaitu berkumpul bagi meraikan aidilfitri.

Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Mohd Fadzil Ali berkata, maklumat awal mendapati sambutan dan jamuan raya tersebut hanya dalam kalangan keluarga yang mendiami kediaman tersebut.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan jam 3 petang pada (14 Mei 2021) semalam berhubung hantaran dalam Facebook atas nama Ummi Hafilda Ali yang tular di media sosial sekaligus mendapat perhatian netizan.

Jelasnya lagi “Keterangan petugas yang menjaga Pos Kawalan Kediaman Rasmi tersebut juga mengesahkan pada Tarikh 13 Mei 2021 tiada pergerakan keluar masuk teta,u seperti yang didakwa di Facebook yang telah tular di medis sosial.

“YB Datuk Seri Azmin Ali serta ahli keluarga, anggota Pasukan Gerakan Am yang bertugas di kediaman beliau dan pemilik akaun Facebook Ummi Hafilda Ali serta saksi-saksi yang lain akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu sisatan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliau turut menasihati pengguna media sosial agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah individu ataupun jabatan.

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/4253879727955635

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

“Free mobile data should be for 3 days” -Najib

Kematian Haziq disebabkan komplikasi salur darah jantung tersumbat