in ,

Dakwaan elaun petugas Hospital Kajang tidak dibayar tidak berasas

SHAH ALAM: Dakwaan bahawa elaun COVID-19 petugas Hospital Kajang belum dibayar seperti yang dipaparkan laman sesawang Code Blue adalah tidak berasas.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata bayaran elaun khas kepada doktor dan anggota kesihatan dalam menangani dan membendung penularan wabak COVID-19 diberikan kepada pegawai perubatan serta kakitangan yang secara langsung terdedah kepada risiko wabak berkenaan.

Katanya, bagi membendung penularan dan menyediakan penjagaan pesakit dengan lebih teratur dan mantap, hospital terbabit seluruh Malaysia dikategorikan kepada Hospital Full COVID-19, Hospital Hybrid COVID-19 dan Hospital Saringan (Sreening Hospital).

“Hospital Kajang termasuk dalam kategori Hospital Saringan yang menyediakan perkhidmatan kaunter saringan dan khidmat nasihat dan sekiranya terdapat kes positif, individu berkenaan akan dirujuk serta merta ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Hospital Kajang juga mewujudkan Kabin Khas Saringan COVID-19 (Special Covid Screening Cabin) pada bulan Mac dan Wad 6 khas untuk kes kes ‘suspected Severe Acute Respiratory Illness’ (SARI).

“Dalam tempoh berkenaan pegawai perubatan ataupun kakitangan perubatan yang terrbabit akan dibayar elaun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, bermula dari Jun lalu, terdapat penurunan kes baru COVID-19 di seluruh negara dan infografik taburan kes COVID-19 dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menunjukkan daerah Hulu Langat (Mukim Kajang) berada dalam zon hijau.

Beliau berkata, Hospital Kajang juga mengambil pendekatan menangguhkan operasi Wad 6 untuk kes SARI, penutupan Kabin Khas Saringan COVID-19 pada penghujung bulan Jun memandangkan tiada kes positif di Hospital Kajang sejak Mei.

“Oleh yang demikian bermula dari bulan Julai, hanya pegawai yang memenuhi kriteria sepertimana yang dinyatakan Surat Pekeliling ‘Penambahbaikan Dalam Pemberian Elaun Khas Kepada Doktor Dan Anggota Kesihatan Yang Terlibat Secara Langsung Dalam Usaha Menangani Dan Membendung Penularan Wabak COVID-19’ layak dibayar elaun ini.

“Untuk makluman, pegawai yang terlibat secara langsung seperti pegawai perubatan atau anggota kesihatan yang dimobilisasikan ke kawasan zon merah serta pegawai forensik masih lagi dibayar elaun sehingga kini,” katanya.

-BERITA HARIAN

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bayar gaji pekerja BDR seperti biasa

Larian Amal Pelari Veteran Sejauh 1,600km Rentas Borneo Demi Kumpul Dana