in

Cubaan cederakan polis ekoran langgar SOP

Empat lelaki ditahan kerana menghalang penjawabt awam menjalankan tugas dan dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur standar (SOP_ perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0, di Taman Desa Damai, di sini, semalam

Ketua polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, sepasukan pegawai dan anggota unit kereta peronda, Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) ibu pejabat polis (IPD) Daerah Bentong ke tempat kejadian pada 5.30 petang setelah mendapat maklumat daripada orang awam.

Hasil pemeriksaan keatas empat lelaki yang dianggarkan berusia antara 20 hingga 28 tahun yang sedang berkumpul tanpa mengamalkan penjarakan fizikal dan sedang minum yang mana dipercayai minuman beralkohol. 

Lanjutan daripada itu, mereka juga didapati datang dari kawasan perumahan yang berlainan yang mana sedang berada di dalam arahan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Superintendan Zaiham berkata, ketika diperiksa, dua daripada mereke cuba bertindak agresif dan mengeluarkan kata-kata kesat dan enggan memberikan kerjasama serta tidak mahu mengemukakan dokumen pengenalan kepada pihak polis yang bertugas pada waktu itu.

“salah seorang suspek turut cuba mencederakan seorang pegawai kanan polis wanita di lokasi kejadian tetapi berjaya dihalang oleh polis lain yang turut berada di tempat kejadian.”

“Mereka semua ditahan dibawah seksyen 186 kanun keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan dikompaun rm 5,000 setiap seorang mengikut peraturan 17 (1) Akta peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (PPPDPPB) (No 2 ) 2022, susulan kejadian itu,”katanya.

Kesemua mereke ditahan reman untuk siasatan lanjut berkaitan kes ini selama empat hari bermula daripada hari penahanan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita itu tidak benar

Pulau Pinang batal hasrat beli vaksin