in ,

Cuaca panas melampau dijangka berakhir hujung minggu ini

A man walks along the Tsim Sha Tsui public pier during sunset. The Hong Kong Observatory posted a warning for very hot weather with a maximum temperature of around 33 degrees, and also The Standby Signal, No. 1 is in force. 12AUG13

Kuala Lumpur – Berdasarkan laporan kaji cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), cuaca panas yang melanda negara sejak kebelakangan ini dijangka akan berakhir hujung pada minggu ini, selepas ribut tropika Kompasu membadai Vietnam.

Memetik laporan Utusan Online, Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan cuaca yang kurang hujan dialami kebelakangan ini adalah berikutan kehadiran badai Kompasu yang sedang merentasi Laut China Selatan dari Filipina ke arah Vietnam.

“Keadaan itu menyebabkan arah tiupan angin dari Barat Daya yang konsisten di rantau ini dan membawa kelembapan udara ke arah ribut tropika tersebut, maka menyebabkan aktiviti hujan dan ribut petir di negara kita berkurangan.

“Namun, selepas ribut tropika itu membadai Vietnam, maka negara akan kembali mengalami keadaan cuaca normal untuk fasa peralihan monsun.

“Fasa peralihan iaitu cuaca cerah pada pagi manakala ribut petir, hujan lebat serta angin kencang pada lewat petang dan awal malam, khususnya di negeri pantai barat, pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak,” katanya.


MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora susulan pembentukan ribut tropika Kompasu di sekitar berhampiran dengan negara Vietnam.

Menurut jabatan itu, susulan pembentukan ribut berkenaan sedikit sebanyak menyebabkan corak tiupan angin dan juga keadaan laut bergelora di sekitar rantau negara.

“Amaran kategori pertama dikeluarkan di Condore, South Reef, Labuan dan Sulu, sementara kategori kedua di Reef North, Palawan dan Phuket manakala kategori ketiga di sekitar Phuket.

“Amaran ini bahaya kepada semua aktiviti pantai, perkapalan, perkhidmatan feri dan juga bot-bot kecil. Khusus bagi kategori ketiga pula, ia berbahaya ke atas semua aktiviti termasuklah bagi pekerja di pelantar minyak,” katanya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 premis pelacuran aktif semasa PPN dibanteras Imigresen

Tiga hari kerja, isteri pemandu ambulans tuntut cerai