in ,

Cristiano Ronaldo kembali ke Manchester United

London: Selepas 12 tahun meninggalkan Old Trafford, kini Manchester United dengan gembira mengumumkan bahawa kelab Liga Perdana Inggeris itu telah mencapai persetujuan dengan Juventus bagi pemindahan Cristiano Ronaldo, tertakluk pada persetujuan syarat peribadi, visa serta pemeriksaan perubatan.

Menurut jurulatih Massimiliano Allegri, bintang legenda bola sepak dunia yang pernah memenangi lima anugerah Ballons d’Or itu telah memberitahu Juventus pada Khamis lalu bahawa beliau tidak lagi mahu bermain untuk kelab Itali.

Bagaimana pun, kelab Inggeris tersebut tidak menyatakan nilai bayaran perpindahan sebenar untuk Ronaldo, tetapi pembelian itu dilaporkan sebanyak 21 juta pound (RM121 juta) di mana penyerang berbisa Portugal berusia 36 tahun itu bakal menerima gaji sebanyak 480,000 pound (RM2.7 juta) seminggu di Old Trafford.

Ronaldo menyarungkan jersi nombor 7 debutnya sewaktu bermain untuk Manchester United dari tahun 2003 hingga 2009, malah menjadi terkenal sebagai ayam tambatan kelab itu ketika di bawah bimbingan pengurus, Alex Ferguson.

Sebelum ini, Manchester City turut mempertimbangkan untuk membeli Ronaldo setelah pilihan utamanya, Harry Kane menyatakan hasrat untuk terus kekal bersama Tottenham Hotspur buat masa sekarang.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia Prihatin tema hari Kemerdekaan Ke-64

Petronas terajui Jenama Paling Berharga di Malaysia buat 11 tahun berturut-turut